Wednesday, April 22, 2009

Thursday, March 12, 2009

Wednesday, March 11, 2009

MUKADIMAH

Pancaragam Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok ditubuhkan pada tahun 2004.Pada masa itu seramai 20 orang murid yang terlibat dalam penubuhan asas pianica band sekolah.Pelbagai rintangan dan dugaan dalam merealisasikan pancaragam sekolah telah di hadapi dengan kesabaran dan tinggi.Dengan kerjasama yang baik dari pihak pentadbiran,dapatlah kami menambah alat-alat muzik seperti melodion,drum sner dan perkusi yang lain.

Semenjak penubuhan pancaragam,sekolah ini telah bertungkus lumus untuk mengekalkan prestasi dan mutu persembahan para peserta dan pancaragam sekolah telah dijemput oleh masyarakat tempatan dan sekitar kawasan Sintok Kedah untuk persembahan tertentu.Persembahan khas oleh pancaragam sekolah telah mendapat kepujian daripada para guru,pelajar dan ibubapa yang menyaksikannya.Apa yang mengkagumkan mereka ialah sebuah sekolah yang mempunyai bilangan pelajar seramai 900 orang mampu melahirkan satu pasukan pancaragam yang mempunyai 30 hingga 50 orang peserta.
MATLAMAT

~Merealisasikan program sekolah seperti yang dirancangkan.
~Berusaha melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,emosi dan jasmani.
~Membangunkan modal insan.
~Memperkasa sekolah kebangsaan.
OBJEKTIF

~Memastikan peserta pancaragam bersedia memberi persembahan terbaik di peringkat negeri.

~Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk menerik minat peserta agar mereka sentiasa mengikuti sesi latihan yang dikendalikan oleh Cikgu Zuraimie.

~Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.
STRATEGI

~Menubuhkan jawatan kuasa Pancaragam Sekolah.

~Guru-guru muzik akan menyenaraikan nama-nama murid yang dianggap berpontensi dalam bidang ini.

~Dua orang guru akan ditugaskan untuk membantu jurulatih pancaragam.Mereka akan meneliti kekuatan dan kelemahan peserta-peserta yang menjalankan latihan pada waktu petang.